Sekolah Agama yang pertama ditubuhkan pada tahun 1953. Pada rahun
1961-1964, Sekolah Rendah Agama Jenjarom di tutup kerana murid Sekolah
Kebangsaan tidak dibenarkan bersekolah petang. Pada tahun tersebut telah
didirikan Sekolah Rakyat. Pada tahun 1965, Sekolah Rendah Aagama Jenjarom
dibenarkan dibuka semula sehingga sekarang. Bangunan asal Sekolah Rendah Agama Jenjarom ialah di
balai raya Kamung Jenjarom. Bangunan asal di bina oleh penduduk kampung
jenjarom dengan anggaran RM20.000.00.
Bangunan sekarang di bina oleh Pembangunan Luar Bandarpada tahun
1965 sebanyak 4 bilik darjah. ( Sekolah bangunan kayu di blok hadapan ).
Bangunan 2 Blok 2 tingkat di bina pada tahun 1988 dengan belanja anggaran
RM30.000.00 lebih. Mengandungi 11 bilik darjah, 1 bilik solat, 1 bilik pusat
sumber, 1 bilik guru, pejabat sekolah, 1 bilik guru besar dan sebuah kantin.
Bilangan murid pada tahun 1965 seramai 80 orang murid dan pada
akhir 1993, jumlah murid meningkat kepada 697 orang murid. Pada tahun 1999,
sebuah bangunan mengandungi 4 buah bilik darjah di bina dengan peruntukan dari
Pusat Zakat Selangor. Bilangan murid semakin bertambah sehingga terpaksa
menumpang di Sekolah Kebangsaan Jenjarom.
Pada tahun 2001, sebuah lagi bangunan 4 bilik darjah di bina dengan
bantuan Pembangunan Luar Bandar. Namun kekurangan bilik darjah masih lagi
dialami. Sehingga tahun 2009, jumlah murid meningkat kepada 937 orang dan
memerlukan 30 bilik darjah sedangkan bilik darjah yang sedia ada hanya terdapat
22 buah bilangan bilik darjah. Kini pada tahun 2014, Sekolah Rendah Agama
Jenjarom mempunyai seramai34 orang guru, 936 orang murid dan 30 buah kelas.
Sekolah Rendah Agama Jenjarom masih lagi memerlukan bangunan tambahan untuk
keselesaan persekolahan bagi 1 sesi.
No comments:
Post a Comment